Jumaat, 28 Oktober 2011

Buat Kek

Hari nie seronok sgt dpt buat semua tempahan.Pelanggan tempah chocalate moist cake dan chocolate brownies.lega rasanya semuanya sudah siap dgn sempurna.Harap2 besok pelanggan tak complain byk2,adakalinya risau juga sebab hati orang kita tak tahu.tp alhamdulillah selama nie sy buat tak pernah ada pelanggan complain.

Jumaat, 21 Oktober 2011

Rabu, 19 Oktober 2011

pengalaman buat biskut

Pertamakali sy buat biskut semasa sy baru berhenti kerja,bosan duduk dirumah tak ada apa nak buat.Saya belajar menjahit langsir lama kelamaan sy boring nak ukur,gunting dan jahit.Selepas itu sy bertukar dgn membuat biskut selalu buat tak menjadi dan juga selalu buang tong sampah kerana tak sedap dan tak blh dimakan.selama beberapa tahun buat kajian alhamdullilah ia menjadi.Selalu buat bagi kawan cuba mereka cakap sedap kenapa tak mahu buat jual.Dengan minat yg ada sy buat keputusan utk buat bisness jual biskut.Syukur kepada tuhan semua biskut menjadi dan saya mbl keputusan untuk buat perniagaan nie dirumah sambutan juga menggalakkan.sudah hampir 5 thn sy membuat biskut.Sekarang sy menjinakkan diri membuat kek pula syukur semuanya menjadi kerana minat yg mendalam.


resepi biskut semperit

400gm tepung gandum(blue key),140gm tepung casted (bird casted),40gm tepung jagung (brown n polsion),140gm gula caster,360gm butter,1 biji kuning telur ceri merah utk hiasan. 

Cara membuatnya:-
1) pukul butter dan gula sehigga sebati dan kembang
2)masukkan kuning telur pukul sampi sebati
3)ayak kesemua tepung dan masukan kedalam adunandan uli sehingga sebati
4)masukkan ke dalam acuan semperit,tekan diatas dulang hias dengan ceri merah
5) panaskan oven 180 c selama 15minit dan bakar sehigga kekuningan.

                                                        

Sabtu, 15 Oktober 2011

kek



skrg sy baru berjinak-jinak membuat kek antara koleksi kek sy adah fancy chocolate cake,kiwi cream cake,strawberry cream cake dan byk lg

Jumaat, 14 Oktober 2011

biskut


saya mashitah seorang wanita yg berkerja di rumah membuat kek dan biskut antara biskut keluaran sy adalah semperit,almond london,butterfly kiss,pineapple tart,dan byk lg,disamping itu juga sy membuat kek utk harijadi bermacam jenis perisa.perhantaran percuma di sekitar kulim,kedah